May 20, 2023

Hi readers or passer by

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

♥dengan penuh kasih sayang♥

Jul 18, 2022

twenty twenty two

Hi readers or passer by

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

hmmmm... dah 1/2 2022 dah pun. terjengah kembali.

♥dengan penuh kasih sayang♥

Feb 5, 2020

It's twenty twenty

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Nampak gaya macam setahun sekali je post.
Ingatkan xda yang membaca. tapi masih ada yg singgah rupanya :-D
Sibuk dengan urusan duniawi, last post nak share pengalaman bersalin kali keenam
Kita gabung sekali yang ketujuh nanti lah . Eh! Hahaha

Banyak benda nak buat sampai at last apa pun tak terbuat. haish..

Dulu masa kecik2 selalu kira, nanti tahun duapuluh duapuluh umur dah berapa.
Tak sangka, Allah masih panjangkan umur hingga kini
Moga Allah panjangkan umur lagi supaya sempat baiki lopong2 dosa sebagai bekalan ukhrawi.

Nanti disambung lagi,
Rasa macam dah kertu bila nak update medsosial pun mim lam sin :-D

♥dengan penuh kasih sayang♥

Jun 18, 2019

Dah 2019

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Dan...

Ini adalah post pertama.😊
Post terakhir pasal takut bersalin..
Anak yang takut nak dibersalinkan tu pun dah 8 bulan lebih.

Insyaallah.
Nanti diupdate pengalaman kali ke-6 bersalin dan kali ke-2 bersalin 4kg lebih.


♥dengan penuh kasih sayang♥

Aug 27, 2018

Takut Bersalin

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Mengandung kali ke berapa pun, i believed setiap ibu mesti akan rasa berdebar.
Kalau mamanaem, paling berdebar nak bayangkan sakit contraction lepas air ketuban pecah.
Dalam labour room tu.

Doanya, agar kali ni pun mudah macam lahirkan Bahira Nurtaseefa.
Sampai labour room, OS dah full; walaupun air ketuban tak pecah lagi.

Ya Allah.. Kurang lebih 5minggu lagi jika macam selalu.


♥dengan penuh kasih sayang♥

Aug 8, 2018

Happy Birthday Husband

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Birthday sendiri minggu lepas.
Tua seminggu dari husband. hihi

Birthday sendiri tak post pun :-P

Definisi "sweet" berbeza bagi setiap pasangan kan.
Tadi post di facebook.

"Tak sweet pun takpa, janji tolong siapkan anak5 pagi2. Tolong siang ikan"
Ada kawan reply komen, cakap tu dah sweet ;-)
Betul jugak kan..

Terus send sms dekat husband wish besday. Tadi dah wish di rumah..
Dekat sms tambah sikit " walaupun selalu lupa besday mama"
Haha..
Orang perempuan ni (saya laaaa); tak wish besday pun boleh sentap sehari.
Sampai tak mau makan, hanya sebab dia bukan orang 1st yang wish.
Bila baca blog Kak D, selalu terngiang2. "Pandangla kebaikan yang dia duk buat selama ni dari pandang sedikit saja kekurangan (contoh tak wish besday, tak say sorry (walaupun kadang2 sendiri salah)..) haha..
Perempuan memang complicated.

Apapun, memang bersyukur kenal husband.
Walaupun zaman berkawan dulu dialaaaa yang paling annoying.
Pernah tersuka dekat kawan dia tapi kawan dia tak suka kita. haha (ya, dia tau)
Selalu ada zaman2 patah hati dulu..
Tak tau nak cerita mcm mana dia boleh sabaq dengan perangai baran ni .. (masa kawan dulu, dia kata kita baik sangat) hahaha

Semoga Allah sentiasa merahmati rumahtangga kita.
Insyaallah, ni tahun ke-8 going ups and downs together dan kami bakal berlapan jugak..
Susah senang sendiri simpan.
Apa yang orang nampak tak sama dengan apa yang kami rasa.

♥dengan penuh kasih sayang♥

Jun 17, 2018

Selamat 8 tahun

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

17 Jun 2010 - 17 Jun 2018
Genap 8 tahun.
Alhamdulillah atas segala anugerah, rezeki dan ujian dari Allah SWT.

Tak mungkin selama 8 tahun tak pernah dilanda ombak. cewahhhh.
Bila ada ups dan downs baru la mencabar kan.. Makin utuh gitewwww.
Banyak benda yang dibuat bersama-sama dan menyesal pun bersama-sama.
Banyak juga benda yang sentiasa di muhasabah.
Setiap anugerah, rezeki dan ujian setiap dari kita adalah berbeza.
Justeru, tak payahlaaa kita duk rasa "Eh! seronoknya life depa" Sebab kita tak tau the other way around kan ;-)
Tipulah if tak pernah rasa macam tu, tapi cepat2 istighfar dan bersyukur

8 tahun.
Masih lagi mengenal sesama sendiri.
Masih belum stabil
Kehidupan pun masih kelamkabut

Selalu ditanya.
"Macam mana laa naem handle anak2"
Naem tak handle anak sorang diri.
En Abah sentiasa ada untuk membantu,
selalu mama handle yang kecik2. hahaha
bila mama merempan menyebai, dia yang akan ambil alih

Semoga 8 tahun dan lebih lama lagi
Moga hingga ke syurga